1. Catat pendapatan dan perbelanjaan anda setiap hari
Contoh,
Rabu, 7 September 2016 Kredit (Pendapatan, RM) Debit (Perbelanjaan, RM)
- Gaji di Syarikat X, 260 - Teksi, 10
- Breakfast, 3
- Lunch, 6
- Dinner, 10
Kemudian, pada setiap minggu (contoh setiap pagi Ahad) atau setiap hari, catatkan perbelanjaan dan pendapatan yang dicatit dalam buku itu ke dalam Microsoft Excel atau Open Document Spreadsheet.
2. Adakan bajet harian dan bulanan
Contoh 1,
Sebelum nak pergi ke pasaraya untuk beli barang dapur, senaraikan dahulu barang yang nak dibeli dan tetapkan perbelanjaan maksimum (cth: RM 60).
Contoh 2,
Sebelum pergi ke bazar Ramadan untuk membeli juadah berbuka, senaraikan atau fikirkan dahulu makanan apa yang nak dibeli dan sasarkan untuk berbelanja tidak melebihi contoh RM 12.
Dengan itu, kemungkinan untuk terlebih belanja atau boros akan berkurang.
3. Gunakan kupon untuk beli barang
Gunakan laman seperti Groupon untuk beli barang dengan diskaun. Sebelum itu, bandingkan dahulu harga barang di Groupon ini dengan harga barang yang sama di kedai online yang lain seperti Lazada dan di pasaraya-pasaraya berdekatan anda.
4. Survey harga untuk sesuatu barang
Buat survey atau bandingkan harga sesuatu barang yang nak dibeli di laman seperti Lazada dan pasaraya berdekatan dengan anda. Contohnya seperti exercise bench di atas. Dapatkan lebih kurang 3 harga dan bandingkan.
5. Beli barang-barang dapur jenama home brand atau jenama KR1M.
Kenapa perlu bayar lebih jika kualiti barang home brand itu lebih kurang sama dengan jenama terkenal yang lebih mahal. Terutamanya barang seperti tisu, pastik sampah dan sebagainya. Tapi jika harga barang homebrand lebih kurang sama dengan barang berjenama yang lebih berkualiti, mungkin boleh dipertimbangkan barang berjenama tersebut.
6. Beli barang secara banyak
Beli barang yang pek besar terutamanya seperti beras, minyak untuk stock sebulan. Lebih menjimatkan bila beli pek besar berbanding beli pek kecil banyak kali.
Semoga Tips ini memberi manfaat kepada kita semua untuk berjimat cermat.
Jangan lupa add friend FB saya Dzahir Rahim.
No comments:
Post a Comment