Untung Ke Pelaburan Perak (Silver) ?
Untung ke pelaburan perak atau pelaburan silver ni? Untuk kawan-kawan yang belum ada buat simpanan silver, mesti tanya, “Perlu ke beli dan simpan Perak/Silver?”
Bila saya mula cerita tentang perak/silver… Ada yang kata:
Ini adalah jawapan yang biasa saya terima. Saya memang akui yang ASB merupakan simpanan yang baik kerana mampu memberikan dividen dan pendapatan buat kita saban tahun. Manakala silver pula tak memberi dividen dan turun naik harga silver memang menakutkan (bagi yang tidak faham).
Bagi anda yang masih belum faham kenapa kita kena menyimpan dengan silver, biar saya jelaskan. Kita perli simpan silver ialah kerana kadar hutang lapuk bertrillion dolars yang ditanggung oleh negara-negara barat yang kononnya dilabel negara maju adalah ‘champion’ penghutang paling banyak!
Negara tersebut tidak lain dan tidak bukan: –> Amerika Syarikat.
Jom kita semak sini berapa hutang Amerika sekarang: google: US Debt Clock
Terkejut tak bila tengok hutang negara ‘KAYA’ USD14 trillion?
Terkejut tak bila tengok hutang negara ‘KAYA’ USD14 trillion?
Kalau kita ada kawan yang suka berhutang, bila dia tak ada tunai dia akan mohon kad kredit. Jenis belanja sakan lepas tu bayar minimum tiap2 bulan. Lepas satu kredit kad dah max dia mintak kat bank lain. Belanja sakan lagi. Bayar minimum sahaja lagi.
Sampai satu hari, takde bank yang akan approve kad kredit. Pinjam pulak kat kawan-kawan. Masih tak sedar diri. Belanja sakan dan buat-buat lupa bayar bila kawan tanya. Lama-lama isytihar bankrap.
Beza Amerika dengan kawan kita yang boros di atas, Amerika BOLEH CETAK DUIT untuk konon-konon tunjuk kaya. Amerika dah cetak 9 trillion dollars untuk berbelanja.
Sekarang lagi senang, mana pakai mesin cetak lagi, tinggal masukkan masukkan command:
‘masukkan 1 trillion dalam bank’ lepas tu tekan ‘Enter’.
Lambakan duit inilah INFLASI SEBENAR. Bukannya kenaikkan harga. Kenaikkan harga barang hanyalah simptom untuk inflasi.
Contohnya zaman Jepun dulu, duit daun pisang, berlambak-lambak tapi takde nilai. Harga barang tinggi sebab duit dah semakin banyak. Bila kepercayaan terdapat sistem matawang terhakis, manusia akan berpusu-pusu cari silver untuk melindungi harta. Kejadian ni dah jadi berulang-ulang kali dalam sejarah. Contoh: Dinasti Yuan, Weimar Germany, Zimbabwe.
Cuba kawan-kawan google ‘hyperinflation’.
Bila semua orang berpusu-pusu menukar wang kertas yang cepat sangat susut nilai kepada silver , harga sudah tentu akan melambung. Selagi kerajaan dunia tak berenti mencetak lagi banyak duit, selagi tu la silver akan naik harga.
Bukan silver je yang naik harga, SEMUA barang akan terus naik harga.
“Kalau kita beli insurans sebagai pelindung kereta,
Kita KENA juga beli silver sebagai pelindung harta.”
Kita KENA juga beli silver sebagai pelindung harta.”
No comments:
Post a Comment