Thursday, 8 September 2016

Alternatif Pelaburan Emas 1gm Sebulan Pelaburan Patuh Syariah - For Beginners [Updated]

Emas 1 Gram

Ramai yang bertanya:


Bagaimana cara jika nak menyimpan emas, sebagai salah satu cara tabungan dan pelaburan untuk mengelakkan inflasi, dengan sekadar  1gm sebulan, yang berasaskan Syariah?


Artikal ini bukan ingin iklan, tapi sebagai alternatif kepada yang bertanya. Untuk mengelakkan daripada terjebak dalam risiko belian emas secara tidak patuh Syariah,  atau pelaburan emas scam. Perlu jelas di sini, tidak ada pelaburan emas yang menjanjikan profit. Kerana harga emas naik turun bergantung kepada pasaran emas dan nilai mata wang.
Emas 1 Gram
Terdapat TIGA  cara utama iaitu:

1. Beli fizikal emas secara spot. 


Dicadangkan beli emas secara COD (cash on delivery) dengan penjual gold bar emas, seperti Power Gold, Poh Kong,  dan lain-lain (banyak lagi jenis gold bar di  pasaran) emas 1gm. Insitusi perbankan Islam yang menjual gold bar ialah Bank Muamalat  tetapi dalam bentuk 5gm yang paling minimum (Emas Perth Mint). 

Kijang Emas oleh BNM pun menarik sebab spread sangat rendah, ia boleh didapati di cawangan Maybank tertentu tapi dalam denominasi ¼ Ounce,  ½ Ounce  dan 1 Ounce dan stok sangat terhad.  Emas-emas ini perlu disimpan sendiri. Simpanan sendiri jika banyak, sangat berisiko sebenarnya.  

Setakat ini, emas-emas jongkong yang ada pengiktiraf LBMA dikecualikan daripada GST. Jika ingin tunaikan, boleh jual kepada pengeluar asal, tapi anda kena pandai cari market sendiri untuk jual dengan harga yang baik (mengelakkan kerugian spread).

Emas 1 Gram
2. Akaun Pelaburan (Simpanan) Emas.  


Selain itu, ada Kuwait Finance House ada menawarkan akaun pelaburan berasaskan emas 100% patuh Syariah dan sangat memudahkan, dan dengan harga yang rendah (emas 995, LBMA). 

Untuk belian pertama semasa membuka akaun disyaratkan minumum 10 gram, dan belian seterusnya  1gm. KFH menawarkan pilihan untuk mengambil emas fizikal SEGERA, atau disimpan di bank menggunakan kontrak qard (pinjaman). 

Apa yang menarik, belian boleh dibuat secara online melalui perbankan Internet (antara 9.30 hingga 4.30 ptg sahaja), jualan dan belian dikreditkan ke dalam akaun simpanan. Jadi anda boleh menyimpan 1gm sebulan seperti yang diinginkan. al-Rajhi Bank ada menawarkan akaun pelaburan berasaskan emas patuh Syariah (emas PAMP Suisse), tapi jumlah belian minimum 5gm.
Emas 1 Gram
Ramai juga yang bertanya tentang PublicGold GAP (Gold Accumulation Programme). Pada asasnya sistem GAP adalah simpanan emas, yang dibeli secara online. Emas anda miliki secara sah (Qabd Hukmi) dan anda pada bila-bila masa boleh menuntut emas anda di cawangan. 

Saya sarankan jika ingin membeli secara GAP, anda wajar mendapat khidmat nasihat agen-agen PublicGold yang berpengalaman dan mempunyai pengetahuan Syariah. Ia salah satu cara simpanan dengan modal rendah bermula 1gm sahaja. 
Emas 1 Gram
3. Beli barang kemas.  

Cara ini kelebihannya untuk si isteri boleh memakainya dan mudah dicagarkan di Al-rahnu jika perlukan wang segera. Namun ia mempunyai kos upah yang tinggi dan risiko simpanan yang tidak boleh dipandang remeh.
Emas 1 Gram
Antara perkara yang perlu ELAKKAN:

+ Beli emas tak dapat emas.
+ Beli emas dijanjikan hibah.
+ Beli emas, dapat emas, tapi perlu serah semula kepada penjual untuk dapat keuntungan bulanan.
+  Pelaburan emas yang menawarkan keuntungan.
+ Pelaburan scam yang terdapat dalam senarai peringatan BNM.
+ Beli emas tanpa LBMA kerana ada GST 6%.

Sudah Baca, Nak simpan emas?  Add saya di Facebook [Dzahir Rahim] untuk mengetahui lebih lanjut berkenaan simpanan emas. 

No comments:

Post a Comment