Thursday, 8 September 2016

Tips & Panduan aktiviti di Krabi

Tips & Panduan aktiviti di Krabi

Walaupun Krabi ialah sebuah daerah yang kecil di Thailand, ia mempunyai banyak perkara menarik untuk dilakukan. 

Daerah Thai selatan ini menempatkan banyak landskap semula jadi yang mengagumkan, kehebatan kebudayaan, pulau yang memukau dan persekitaran yang mesra pelancong. Ini tidaklah memeranjatkan kerana Krabi banyak bergantung kepada pelancongan untuk kekuatan ekonominya.

Pantai Krabi adalah antara yang tercantik di Thailand dan Asia Tenggara. Pantai Had Yao dan pantai di sekitar Railay terdiri daripada tempat menarik yang dipenuhi pelancong kepada pantai yang tidak diganggu. Ao Nang ialah pantai yang menarik untuk menjadi tempat penginapan. Walaupun ia semakin menjadi tumpuan pelancong sejak dua dekad lalu, ia menawarkan pantai yang cantik dan banyak kemudahan untuk pelancong.
Tips & Panduan aktiviti di Krabi

Untuk pelancong yang puas berjemur atau mereka yang hanya ingin melarikan diri dari pantai seketika, tiada yang melambangkan Thailand lebih daripada tinju Thai. Muay Thai ialah sejenis seni mempertahankan diri purba yang dicipta di Thailand. Stadium Tinju Ao Nang menjadi tuan rumah kepada pertandingan tinju Thai terbesar di rantau ini. Terdapat juga sekolah tinju di Ao Nang, jadi pelancong boleh menghabiskan masa beberapa hari mempelajari seni bela diri ini.
Tips & Panduan aktiviti di Krabi
Melawati pusat industri komersial Krabi, Bandar Krabi, hanya lengkap dengan lawatan berpandu ke kuil tempatan. Sesetengah tapak kuil Buddha ini sangat mengagumkan, terutama kuil utama di kota, Wat Kaew. Walau bagaimanapun, Wat Tam Sua dilawati oleh ramai pelancong kerana ini mempunyai tapak kaki harimau yang misteri di bahagian atas anak tangga setinggi 1,237 langkah. Pemandangan indah Daerah Krabi boleh dilihat dari atas tangga ini.
Tips & Panduan aktiviti di Krabi
Mendaki batu dari  Pantai Railay ialah salah satu aktiviti menarik industri pelancongan Krabi. Malah, Pantai Krabi dianggap sebagai lokasi mendaki batu musim sejuk terbaik di planet ini. Banyak kedai mendaki ada di sini, jadi pendaki batu boleh mendapatkan peralatan yang diperlukan. Orang baharu adalah dialu-alukan, tapi kebanyakan cenuram batu kapur dan dinding batu adalah sesuai untuk pendaki berpengalaman.
Tips & Panduan aktiviti di Krabi
  
Di semenanjung Pantai Railay, pelancong yang aktif boleh menikmati hari yang mengujakan dengan berkayak di laut. Kebanyakan hotel di Railay boleh mengaturkan lawatan berpandu berkayak yang membawa pelancong ke sepanjang tepi pantai Krabi. Cenuram dan gua batu kapur monolitik yang ditemui di kawasan ini amat mengagumkan dari pandangan mereka yang berkayak. Berkayak ke gua Pantai Phra Nang ialah aktiviti yang takkan dilupakan.
Selain mendaki batu dan bersantai di pantai, Krabi juga merupakan hab menyelam skuba yang terkenal. Walaupun sebahagian besar tanah besar daerah ini tidak begitu sesuai untuk menyelam, pulau yang banyak di sepanjang tepi pantai ini dipenuhi taman bawah laut yang mengagumkan dan ratusan spesies marin. Tempat seperti Ko Phi Phi dan Ko Lanta adalah antara lokasi menyelam terbaik di Thailand.
 Tips & Panduan aktiviti di Krabi

Pantai Ao Nang dan Railay adalah tempat yang sesuai untuk memulakan lawatan menaiki bot. Pelancong tidak perlu menyertai ekspedisi menyelam skuba untuk melawat pulau yang banyak di sekeliling Krabi. Anda cuma perlu menyewa bot ekor panjang tradisional atau bot laju moden untuk pergi ke pulau yang damai dan belum tercemar di luar pesisir. Ko Jum dan Ko Por adalah antara pulau terbaik untuk dikunjungi.

Sudah baca? Sila follow saya di Facebook [Dzahir Rahim] untuk dapatkan pelbagai Tips-Tips Santai.

No comments:

Post a Comment