Friday, 9 September 2016

7 Petua Hilangkan Batuk

Petua hilangkan batuk

Batuk berpanjangan amat merisaukan. Sampaikan perut jadi kejang akibat batuk berlarutan. Sukar untuk berkomunikasi. Lebih menyedihkan virus batuk ini memberi kesan yang sama kepada anak-anak kita.

Di sini terdapat 7 Petua Hilangkan Batuk yang boleh diamalkan, antaranya adalah:


PETUA 1:

HALIA + LEMON + MADU
HALIA + LEMON + MADU
Terdapat dua cara yang boleh dipilih: 
1) Halia dan buah lemon dihiris nipis. Masukkan hirisan halia dan lemon serta madu ke dalam sebotol air.
2) Sedikit halia ditumbuk lumat dan diambil airnya. Campurkan air halia dengan madu, jus lemon dan air biasa. Cara ini lebih berkesan.

PETUA 2:

LEMON + MADU
Lemon dan madu
Jus daripada beberapa hirisan lemon dicampur dengan madu dan dibancuh dalam air suam.
• Lemon boleh digantikan dengan buah limau nipis.

PETUA 3:

BAWANG PUTIH - PALING MUJARAB!
bawang putih
Seulas bawang putih disalai selama beberapa minit lalu dimakan begitu sahaja.

PETUA 4:

AIR ASAM MASIN - PALING SEDAP! 
(TANPA GULA)
Asam Masin
Rendamkan sedikit asam masin dengan air suam lalu diminum air asam masin ini.
Tidak diketahui apakah khasiat asam masin sehingga ia boleh mengurangkan batuk tetapi ternyata ia melegakan tekak yang perit akibat sering batuk.

PETUA 5:

AIR BELIMBING -  BOLEH MINUM SELALU!
(TANPA GULA) 
Belimbing
Minum jus buah belimbing yang tidak dicampurkan gula.

Petua lain yang diberikan rakan-rakan:



PETUA 6:

AIR KOLA
Air kola
Terdapat dua petua penggunaan air kola untuk mengurangkan batuk.
1) Rebus air kola selama setengah jam dan minum setelah air kola itu sejuk pada suhu bilik.
2) Minum setin air kola yang tidak disejukkan.

PETUA 7:

LIMAU NIPIS + KICAP + GARAM
Limau nipis
Perah beberapa titis jus  limau nipis pada sesudu kicap dan sedikit garam untuk dijadikan ‘ubat batuk’ stail lama.
KHASIAT BAHAN-BAHAN ‘PENGUBAT’ BATUK
HALIA: Dipercayai mempunyai khasiat membasmi kuman, malah terdapat kajian yang menyatakan halia dipercayai boleh membunuh sel barah.
LEMON: Buah lemon kaya dengan antioksidan dan jus buah ini dapat meningkatkan pengeluaran antibodi di dalam tubuh. Ia juga mempunyai khasiat antibakteria dan mampu membantu tubuh menentang jangkitan, terutama sekali jangkitan dada dan melawan semput.
LIMAU NIPIS: Rasa masam pada limau nipis dan semua jenis limau berperanan menyingkirkan toksin. Rasa masam dan bahan kimia pektin yang terkandung di dalam limau nipis dipercayai boleh membantu menghilangkan racunracun di dalam tubuh.
MADU: Mengandungi bahan antibakteria yang dikatakan mampu melawan bakteria penyebab batuk. Turut dikatakan berkhasiat untuk mengurangkan kahak dan batuk.
BUAH BELIMBING: Dipercayai mempunyai khasiat antipiretik (boleh mengurang atau menyembuhkan demam) dan ekspektoran (meningkatkan perembesan bronkial dan memudahkan penyingkirannya), selain khasiat antiradang.

Petua ini sekadar untuk melegakan tekak dan kerongkong. sekiranya batuk masih berlarutan, sila berjumpa doktor ye.
Sudah baca jangan lupa Add facebook saya ye [Dzahir Rahim]

No comments:

Post a Comment