Memiliki perut yang buncit, atau perut boroi bukanlah sesuatu yang diingini, lebih-lebih lagi golongan wanita. Bagi golongan lelaki yang sudah berkahwin, mereka yang memiliki perut buncit dikatakan lebih “bahagia” dan mempunyai “saham” yang lebih tinggi berbanding mereka yang tidak buncit.
Tetapi,
jangan kita ambil mudah isu perut buncit ini. Perut itu sumber pelbagai
penyakit, dan adalah sangat penting untuk anda memberi penekanan di dalam penjagaan
perut anda.
Dibawah
saya kongsikan dengan anda 5 tips bagaimana anda boleh mengempiskan perut anda,
dengan syarat ianya dilakukan secara konsisten dan penuh disiplin.
Tips #1: Makan Makanan Yang Betul
Untuk
mengempiskan perut kita perlu makan makanan yang seimbang didalam makanan
harian kita kerana diet yang betul boleh membuang lemak di bahagian perut.
Makan yang betul sepatutnya mengandungi karbohidrat kompleks, fiber, vitamin
dan mineral, “lean protein” ikan dan the hijau.
Tips #2: Tinggalkan Makanan Ringan
Makanan
ringan dan makanan segera adalah sangat tidak baik untuk kesihatan dan akan
membuatkan lemak berkumpul di bahagian perut jika diambil dengan berlebihan.
Kita sepatutnya mengelakkan diri daripada mengambil karbohidrat yang diproses,
gula, makan bergoreng (”deep fried food” ), makanan segera dan apa jua makanan
berlemak.
Tips #3: Berhenti Makan Lewat Malam
Kebanyakkan
orang akan terus tidur selepas makan lewat malam. Ini bermakna lebihan gula
yang dimakan semasa makan lewat malam akan ditukar kepada lemak kerana badan
tidak boleh membakar lemak semasa kita tidur.
Tips #4: Kurangkan Minuman Bersoda, Jus atau Bergula
Soda,
jus asli atau minuman bergula mengandungi banyak kalori dan akan merosakkan
usaha kita untuk mengempiskan perut. Berhenti minum minuman bergula dan banyakkan minum air kosong atau air
mineral.
Tips #5: Lakukan Senaman Kardio
Melakukan
senaman kardio adalah amat penting untuk mengempiskan perut kerana senaman ini
dapat membakar kalori lebih banyak dari melakukan senaman perut. Contoh
senaman kardio seperti jogging, berjalan, dan menaiki tangga.
Cuba
praktiskan 5 tips ini dan lihat hasilnya selepas beberapa bulan. Amalkan secara istiwqamah. Jang berhenti ye. Perut anda
akan lebih solid dan slim!
Tambahan#: Vitamin
Adalah
lebih efktif sekiranya anda mengambil supplement yang disyorkan seperti Omega (Pemecah
Lemak) dan Herbalex.(Pembuang Toksin & Lemak di usus) Kedua-dua vitamin ini
memiliki khasiat tersendiri bagi menjayakan matlamat anda untuk mengempiskan
perut buncit.
Ok,
dah baca jangn lupa amalkan ye. Akan datang Insha-Allah, banyak lagi tips dan petua akan saya kongsikan.Sudi-sudikanlah ye add friend dengan saya di
facebook [Dzahir Rahim].
No comments:
Post a Comment