Wednesday, 21 September 2016

14:34:00 0

UJIAN KIFARAH DOSA

Allah maha pengasih lagi maha penyayang

UJIAN KIFARAH DOSA ?

Apabila kita diuji..
Hati berbisik..
Orang sekeliling menasihati..

"Allah uji sebab nak hapus dosa"

Ya betul.... tapi..
Kita makin sedih.. makin kecewa.. makin meratapi dosa.. itu la emosi kita.
ALLAH jua diajukan soalan..
Kenapa dan Mengapa...
Kenapa aku.. kenapa aku.. kenapa aku..... ??

Wahai sahabat... berhenti sejenak.. tukarkan fikiran kita yang negatif itu..

Allah dah janji,

INNA MA'AL USRI YUSRO..
INNA MA'AL U'SRI YUSRO
INNA MA'AL U'SRI YUSRO
(setiap kesusahan itu BERSAMA kesenangan)

Nabi Muhammad juga diuji.. bahkan lebih hebat daripada kita.. adakah kerana DOSA ??
(Allahumma solli a'la Muhammad Waala aali Muhammad)

Nabi Yahya dipotong leher bercerai dgn badannya... adakah kerana DOSA ??

Sumayyah disula... habis sekeluarga.. adakah kerana DOSA ??

Bilal bin Rabah juga diseksa ... dihenyakkan batu besar diatas dada.. adakah kerana DOSA ????

Bukan.. bukan.. bukan..
Bukan kerana DOSA semata2..

Allah uji untuk MENAIKKAN DARJAT.. ALLAH UJI SEBAB DIA KASIHKAN KITA.. ALLAH RINDU AIRMATA KITA.. bahagianya !!

Manusia tak suka tengok orang menangis..
Tapi ALLAH suka !!
Allah maha pengasih lagi maha penyayang
BILA KITA MENANGIS, AIRMATA.. AIRMATA KEINSAFAN KITA YANG RINDUKAN ALLAH SERTA TAKUT HARAP KEPADA ALLAH MAMPU MEMADAMKAN API NERAKA..

Jangan prejudis pada Allah apabila diuji..
Jangan menghukum diri apabila diuji..
Lebih baik ambil wudhu'.. solat dua rakaat.. lepas salam.. istighfar dan selawat.. senyum lah memandang ke langit.. biarlah airmata berlinangan.. bisikkan dalam hati sedalam-dalamnya Allah sayang kita.

"Ya Allaaaaahhhhhh.. terima kasih kerana TIDAK MELUPAKAN aku.."
"Ya Allah ampuni lah daku kerana banyak lupa kepada Mu."
Sesungguhnya Allah itu MAHA ADIL..
Allah itu PENUH KASIH SAYANG..
Allah itu PENCIPTA kita..
Allah maha pengasih lagi maha penyayang
Siapa lagi nak UJI kita kalau bukan Allah ..
Siapa lagi nak SAYANG kita kalau bukan Allah ..
Siapa lagi nak MULIAKAN kita kalau bukan Allah ..

Jangan lupa kasih sayang Allah... ALLAH MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG..
14:12:00 0

ADAB BERSAHABAT MENURUT ISLAM

ADAB BERSAHABAT MENURUT ISLAM

Adab bersahabat menurut Islam itu ada banyak perkaranya, tetapi disebutkan oleh Imam Al-Ghazali didalam kitabnya “Bidayatul-Hidayah” hanyalah dua puluh tiga perkara sahaja yaitu:

(1) Melebihkan sahabatnya atas dirinya dari segi material.Jangan terlalu bakhil.

(2) Membantu sahabatnya dari segi keperluannnya dengan bersegera tanpa ia meminta tolong.

(3) Menyembunyikan segala rahsia-rahsia sahabatnya.
(4) Menutup segala kea’ibannya.

(5) Apabila ia mendengar seseorang mencela sahabatnya, dia tidak menyampaikan perkataan itu kepada sahabatnya.

(6) Apabila seseorang menceritakan keburukan sahabatnya, janganlah ia mendengarnya.

(7) Apabila mendengar seseorang memuji sahabatnya atau sesuatu yang menyukakannya, hendaklaklah ia menyampaikan khabar itu kepadanya.

(8) Apabila sahabatnya berucap, hendaklah ia bersungguh-sungguh mendengar ucapannya.

(9) Meninggalkan berbantah-bantah dengan sahabatnya.

(10) Memanggil sahabatnya dengan nama yang ia sukai, bukan gelaran yang buruk.

(11) Apabila melihat sahabatnya berbuat kebajikan, hendaklah ia bersyukur atas perbuatannya.

(12) Menegahkan seseorang daripada mencela sahabatnya sepertimana ia menegahkan seseorang mencela dirinya.

(13) Memberi nasihat kepada sahabatnya dengan perkataan yang lemah lembut,bukan dengan sindiran yang pedas dan tajam menikam hati.

(14) Memaafkan segala kesilapan sahabatnya, bukan memerli atau menempelaknya.

(15) Mendoa’kan sahabatnya didalam solatnya semasa hidupnya dan selepas matinya.

(16) Membuat kebaikan dengan ahli keluarga sahabatnya kemudian dari matinya.

(17) Jangan membebani sahabatnya dengan permasalahannya supaya senang hatinya.

(18) Menzahirkan kegembiraan dengan sebab nikmat yang didapati oleh sahabatnya.

(19) Menzahirkan kedukaan dengan sebab kesusahan yang menimpa sahabatnya.

(20) Hendaklah ia memulai salam ketika bertemu dengan sahabatnya.

(21) Apabila datang sahabatnya ke suatu majlis, hendaklah ia membuka ruang duduk untuk sahabatnya dan jika tiada ruang untuknya, hendaklah ia berpindah ketempat lain bagi memberi ruang untuk sahabatnya.

(22) Apabila sahabatnya mahu pulang ketempatnya, hendaklaklah menurutinya hingga kemuka pintu rumah atau pagar untuk memuliakannya.

(23) Apabila berkata-kata sahabatnya, hendaklah ia diam seraya mendengar segala perkataannya sehinggalah selesai.Kemudian barulah ia memulakan pula perkataannya.Dan jangan sekali-kali ia mencelah perkataan sahabatnya.

ADAB BERSAHABAT MENURUT ISLAM

PILIH SAHABAT

Apabila kita mahu memilih sahabat untuk menemani kita dalam menuntut ilmu atau untuk pekerjaan agama dan dunia atau teman bermusafir, hendaklah kita memelihara dan memilih ciri-ciri seperti berikut:

(1) Orang yang sempurna akalnya.Maka tiada faedahnya kita bersahabat dengan orang yang kurang akalnya kerana pada akhirnya membawa kepada perkelahian dan menyakiti hati.Musuh yang berakal terlebih baik dari taulan yang bodoh.

(2) Orang yang baik akhlak kelakuan dan budi perangainya.Maka janganlah bersahabat dengan orang yang buruk akhlak perangainya iaitulah orang yang tidak dapat mengawal marah dan nafsu mazmumahnya.

(3) Orang yang soleh. Maka jauhkan bersahabat dengan orang fasiq yang sentiasa melakukan dosa kerana kita takkan terlepas dari kejahatannya.

(4) Orang yang tidak cintakan dunia. Kerana bersahabat dengan orang yang sangat cintakan dunia (materialistik) itu seperti racun yang membunuh diri kita.

(5) Orang yang siddiq (benar) pada segala perkataan dan perbuatannya.Bukan cakap tak serupa cakap kerana berdusta itu antara ciri-ciri orang munafiq.

ADAB BERSAHABAT MENURUT ISLAM

KATEGORI SAHABAT

Ketahuilah bahawasanya sahabat itu tiga kategori:

(1) Umpama makanan yang tak dapat tidak kita memerlukannya setiap waktu.

(2) Umpama ubat yang diperlukan ketika sakit dan tidak diperlukan ketika sihat.

(3) Umpama penyakit yang kita tidak memerlukannya sekali-kali bahkan 
kita perlu menjauhinya

Alhamdulillah. Mohon add friend facebook saya [Dzahir Rahim]. Semoga kita kekal bersahabat. Sahabat sejati membawa ke Syurga.

Monday, 19 September 2016

22:25:00 1

EMAS DINAR, GOLD BAR DAN BARANG KEMAS



Ini antara persoalan yang bermain di minda seseorang yang baru “Nak simpan dinar, gold bar atau barang kemas ye? Mana yang paling bagus?”
Ramai yang bertanyakan soalan ini apabila ingin memulakan simpanan emas.
Nasihat saya ialah –pelbagaikan bentuk simpanan emas fizikal anda kerana setiap jenis mempunyai kelebihannya sendiri.

TENTANG DINAR
1. Boleh digunakan untuk muamalat dan ibadah aqiqah
2. Digunakan untuk membayar zakat
3. Dijadikan hantaran dan mas kawin
4. Cenderamata/hadiah untuk orang yang tersayang
5. Simpan untuk pergi haji
6. Tabungan/simpanan.
7. Dinar dengan syiling emas rupa sama tetapi berbeza dari segi fungsi sebenar.
8. Berat standard dinar ialah 4.25g tetapi syiling emas ada pelbagai jenis berat.
9. Dari segi harga, syiling emas agak mahal jika dibandingkan dengan dinar dan gold bar kerana kos pembuatan lebih tinggi.
10. Ada tempat pajakan @ ar rahnu yang tidak menerima dinar, jadi simpanlah untuk tujuan yang telah disebutkan di atas.

TENTANG GOLD BAR
1. Harganya lebih murah berbanding barang kemas kecuali jongkong 1 gram kerana kos pembuatannya tinggi.
2. Memberi pilihan kepada mereka yang ingin membuat simpanan semata-mata.
3. Pilihan untuk mereka yang sudah banyak barang kemas dan ingin simpan dalam bentuk jongkong pula.
4. Bentuk fizikalnya lebih menyerlah berbanding emas untuk simpanan/pelaburan yang lain dan menjadi kebanggaan kepada pemiliknya.
5. Sesuai untuk simpanan jangka masa panjang seperti untuk pendidikan anak-anak, perkahwinan, simpanan hari tua, membeli rumah dan lain-lain.
6. Harga gold bar di kedai emas biasanya sama untuk semua, sebagai contoh katakan harga FGJAM ialah RM200g maka harga 10g =RM2000 dan 100g=RM20000
7. Syarikat emas fizikal pula biasanya menawarkan harga yang lebih murah untuk emas yang lebih berat . contoh : RM1800 untuk 10g dan RM16500 untuk 100g Namun begitu, untuk jongkong 1gram, tiada mana-mana institusi yang menawarkan harga murah kerana kos pembuatannya tinggi.
8. Bayangkan sekeping jongkong 1kg (1000g), hendak dipotong kecil menjadi 1g, perlu dipotong dan ditempa sebanyak 1000 kali!!Disebabkan inilah harga jongkong kecil 1gram lebih mahal. Dan harga gold bar jongkong kecil @ gold bar 1gram keluaran syarikat emas fizikal biasanya murah RM20-RM50 berbanding kedai emas.
9. Tidak banyak tempat pajakan@ ar rahnu yang terima gold bar untuk pajakan, jadi simpanlah untuk tujuan yang disebutkan di atas.

TENTANG BARANG KEMAS
1. Dijadikan barang perhiasan wanita
2. Mudah menarik kaum hawa untuk memilikinya kerana rekaan yang cantik dan kilauan yang memukau.
3. Fungsi 4 dalam 1 – Perhiasan, simpanan, pelaburan dan perniagaan
4. Mudah untuk dapatkan tunai kerana diterima di semua pajakan@ ar rahnu.
5. Barang kemas kini tidak terhad untuk dipakai oleh kaum wanita sahaja, tetapi kaum lelaki juga suka membelinya untuk tujuan simpanan, pelaburan dan bisnes.
6. Dari segi harga, kedai emas biasanya mengenakan upah tukang dan harganya lebih mahal sehingga 20% dari harga emas mentah, manakala syarikat pengeluar emas fizikal menjual barang kemas dengan harga yang sangat murah.
7. Sesuai untuk mereka yang sudah memiliki banyak dinar dan gold bar dan hendak mempelbagaikan bentuk simpanan emas fizikal sebagai salah satu alternatif apabila hendak memajak nanti.
8. Sebaiknya jika untuk simpanan, pilih yang jenis padu dan emas 999 atau emas 916.
9. Elakkan yang mempunyai banyak batu permata
10. Elakkan membeli emas putih kerana susut nilainya mencecah sehingga 70%
11. Ramai menyangkakan emas yang disadur seakan-akan emas putih sebagai emas putih,sebenarnya ia adalah Chrome (lama-lama warnanya akan pudar dan kembali ke warna emas)

Kesimpulannya, setiap jenis dan bentuk emas fizikal yang dihasilkan ada peranannya tersendiri dan sebaiknya pelbagaikan bentuk simpanan. 

Facebook saya [Dzahir Rahim]. Mohon add ya. Tq.
12:08:00 0

Berkelah di Tanjung Asam, Penang

Berkelah di Tanjung Asam

Hari ini aktiviti bersama keluarga. Ye la, duduk rumah sahaja kan tak best. 3 hari cuti tapi duduk di rumah je, tiada aktiviti yang menarik. So, terfikir hari ini untuk berkelah di Tanjung Asam, Penang.


Berkelah di Tanjung Asam


Apa yang menarik disini? Pada saya, tempat ini sangat strategik untuk berkelah santai-santai. Terdapat Gazebo yang berbumbung yang sangat kukuh. Kalau nak bermalam di sini pun boleh. Tengok tu Cik Puan Liya Mamaharraz sedang main pondok-pondok di sana.


Berkelah di Tanjung Asam, Penang


Sekiranya anda membawa bayi kecil, boleh di tempatkan di bawah pondok. Aneeq sangat suka baring di sini bertiupan angin pantai.

Berkelah di Tanjung Asam, Penang

Biasanya berkelah, kita gunakan unggun api atau tapak BBQ. Kali ni saya buat kelainan dengan memasak menggunakan portable Dapur gas. Kat mana nak dapatkan dapur gas ini? Mudah je, di Giant pun ada. Harga pun tak sampai RM 50.00. So, dapat masak nugget dan kentang goreng di tepi pantai. sekejap je dah boleh jamah makanan.

Berkelah di Tanjung Asam, Penang

Kalau ada yang Kaki Pancing, boleh juga memancing laut dalam dengan menyewa bot yang disediakan. Bot sebesar ini boleh membawa 10 orang dan bayaran sewanya, perlu tanya tekong dia.

Berkelah di Tanjung Asam, Penang

Di sini juga ada tempat untuk Rekreasi Memancing. Lihat kawasan batu di hujung belakang saya. Di situ, pernah ada yang dapat ikan siakap. Namun kena tengok keadaan air juga. Saya pun tak berapa pandai nak menjangka keadaan air. Ada yang cakap, kena dapatkan air pasang penuh dan air yang tenang, mungkin ada ikan besar menanti di situ. sebabnya kawasan ini juga terdapat banyak udang sebesar ibu jari.

Berkelah di Tanjung Asam, Penang

So, bagi yang nak ber'camping' di sini, sangat digalakkan. Kalau waktu cuti, macam biasa la ye, memang ramai yang mandi manda. 

Info ini berguna kepada sesiapa yang hendak melawat Penang. Jangan lupa, add friend dengan saya di facebook [Dzahir Rahim]. Pelbagai info menarik saya akan kongsikan lagi. Wassalam..

Saturday, 10 September 2016

22:17:00 0

5 Tips Untuk Kempiskan Perut Buncit

Kempiskan Perut Buncit

Memiliki perut yang buncit, atau perut boroi bukanlah sesuatu yang diingini, lebih-lebih lagi golongan wanita. Bagi golongan lelaki yang sudah berkahwin, mereka yang memiliki perut buncit dikatakan lebih “bahagia” dan mempunyai “saham” yang lebih tinggi berbanding mereka yang tidak buncit.

Tetapi, jangan kita ambil mudah isu perut buncit ini. Perut itu sumber pelbagai penyakit, dan adalah sangat penting untuk anda memberi penekanan di dalam penjagaan perut anda.

Dibawah saya kongsikan dengan anda 5 tips bagaimana anda boleh mengempiskan perut anda, dengan syarat ianya dilakukan secara konsisten dan penuh disiplin.


Tips #1: Makan Makanan Yang Betul

Kempiskan Perut Buncit
Untuk mengempiskan perut kita perlu makan makanan yang seimbang didalam makanan harian kita kerana diet yang betul boleh membuang lemak di bahagian perut. Makan yang betul sepatutnya mengandungi karbohidrat kompleks, fiber, vitamin dan mineral, “lean protein” ikan dan the hijau.


Tips #2: Tinggalkan Makanan Ringan

Kempiskan Perut Buncit
Makanan ringan dan makanan segera adalah sangat tidak baik untuk kesihatan dan akan membuatkan lemak berkumpul di bahagian perut jika diambil dengan berlebihan. Kita sepatutnya mengelakkan diri daripada mengambil karbohidrat yang diproses, gula, makan bergoreng (”deep fried food” ), makanan segera dan apa jua makanan berlemak.


Tips #3: Berhenti Makan Lewat Malam

Kempiskan Perut Buncit
Kebanyakkan orang akan terus tidur selepas makan lewat malam. Ini bermakna lebihan gula yang dimakan semasa makan lewat malam akan ditukar kepada lemak kerana badan tidak boleh membakar lemak semasa kita tidur.


Tips #4: Kurangkan Minuman Bersoda, Jus atau Bergula

Kempiskan Perut Buncit
Soda, jus asli atau minuman bergula mengandungi banyak kalori dan akan merosakkan usaha kita untuk mengempiskan perut. Berhenti minum minuman bergula dan banyakkan minum air kosong atau air mineral.


Tips #5: Lakukan Senaman Kardio

Kempiskan Perut Buncit
Melakukan senaman kardio adalah amat penting untuk mengempiskan perut kerana senaman ini dapat membakar kalori lebih banyak dari melakukan senaman perut. Contoh senaman kardio seperti jogging, berjalan, dan menaiki tangga.

Cuba praktiskan 5 tips ini dan lihat hasilnya selepas beberapa bulan. Amalkan secara istiwqamah. Jang berhenti ye. Perut anda akan lebih solid dan slim! 

 Tambahan#: Vitamin

Adalah lebih efktif sekiranya anda mengambil supplement yang disyorkan seperti Omega (Pemecah Lemak) dan Herbalex.(Pembuang Toksin & Lemak di usus) Kedua-dua vitamin ini memiliki khasiat tersendiri bagi menjayakan matlamat anda untuk mengempiskan perut buncit.

Ok, dah baca jangn lupa amalkan ye. Akan datang Insha-Allah, banyak lagi tips dan petua akan saya kongsikan.Sudi-sudikanlah ye add friend dengan saya di facebook [Dzahir Rahim]. 

Friday, 9 September 2016

07:30:00 0

Gila Barang Kemas - Tips Beli Barang Kemas

Barang Kemas

Baca Tips ini dulu sebelum membeli. Wanita dan barang kemas sukar dipisahkan. Lebih-lebih lagi apabila dapat tahu emas dijual TANPA kos upah. Gerenti beratur nak membelinya. Janji dapat emas impiannya.

Dibawah ini, Terdapat beberapa tips mudah untuk anda ikuti sebelum membeli barangan kemas, bak kata pepatah alah membeli menang memakai.

Emas Padat atau Tumpat:
Pastikan sebelum membeli anda memilih barangan kemas yang padat dan tumpat atau dalam erti kata lain padu sebagai pilihan, ini penting kerana ia memudahkan proses penilaian ketulenan dilakukan jika anda mahu melakukan jualan balik atau pajakan. Untuk mengukur tahap ketumpatan sesuatu emas, Densimeter akan digunakan sebagai alat bacaan.  Alatan ini tidak boleh membuat bacaan yang tepat bagi barang kemas yang tidak padat atau kosong ditengahnya ataupun yang mempunyai batu permata. Barang kemas yang padat atau tumpat juga lebih kukuh dari segi strukturnya serta tahan lasak dan tidak mudah patah atau putus untuk barang kemas seperti rantai leher dan gelang tangan.

Emas 999 (24k) atau 916 (22k):
Barangan kemas yang dibuat daripada kedua-dua jenis emas ini mempunyai nilai yang tinggi untuk jangka masa panjang kerana kandungan emasnya.  Emas 999 yang mempunyai kandungan emas 99.9% ini jarang dibuat kerana ianya terlalu lembut untuk direkabentuk serta mudah melekuk.  Untuk mengenali jenis emas manakah yang anda berminat untuk beli hanya periksa di bahagian belakang barang kemas tersebut kerana emas tulen akan ditempa dengan cop “999” atau “916”.  Petua : Untuk memastikan barang kemas itu tulen atau tidak, jika dibakar ia tidak meninggalkan kesan kehitaman pada permukaannya.

Elakkan membeli Emas Putih:
Emas putih dijual pada harga platinum, platinum merupakan logam yang paling mahal dan harganya boleh menjadi lebih mahal daripada harga emas 999 itu sendiri.  Kandungan emas dalam barangan emas putih ini adalah sebanyak 37.5% ke 75% sahaja dan selebihnya adalah campuran logam lain.  Untuk mengenalpasti emas putih ini, anda boleh melihat dibelakang barangan kemas itu akan terdapat cop samaada “750” atau “375”. Emas putih memang cantik dipandang, apatah lagi dipakai di hari bahagia anda nanti.  Cuma dari segi pelaburan atau jangka masa panjang harga emas putih akan jatuh sehingga 50% dari harga asal dan juga kualitinya.

Emas bertahtakan batu permata:
Setiap wanita atau bakal pengantin mengidamkan barangan kemas yang bertahtakan batu permata sebagai barangan kemas mereka.  Ini kerana rekabentuknya yang menarik dan setiap satu nya mempunyai keistimewaan sendiri. Tapi tahukah anda barangan kemas yang bertahtakan batu permata ini mempunyai nilai yang rendah untuk jualan balik.  Jarang sekali barangan kemas dari emas 916 mempunyai batu permata ini kerana emas jenis ini tidak cukup kuat untuk memegang permata.

Resit belian:
Untuk memastikan setiap barangan mempunyai nilai, adalah penting untuk anda menyimpan segala resit pembelian bukan hanya untuk barangan kemas ini sahaja malah barangan kegunaan lain. Resit bukan sahaja sebagai bukti pembelian malah untuk sesuatu barangan kadangkala, ianya merupakan kad waranti.

Kos upah:
Sebelum membeli anda perlulah membuat perbandingan harga untuk kos upah kerana harga asas emas adalah sama dan yang membezakannya harga dari sebuah kedai ke kedai yang lain adalah kos upahnya.  Jika tiada kos upah adalah lebih baik untuk sesuatu barangan kemas itu.
Barang Kemas
Dah dapat tips yang berguna ini? Terima kasih kerana berkunjung ke blog santai saya ini. Jangan lupa ye add friend dengan saya di facebook [ Dzahir Rahim ]
02:17:00 0

7 Petua Hilangkan Batuk

Petua hilangkan batuk

Batuk berpanjangan amat merisaukan. Sampaikan perut jadi kejang akibat batuk berlarutan. Sukar untuk berkomunikasi. Lebih menyedihkan virus batuk ini memberi kesan yang sama kepada anak-anak kita.

Di sini terdapat 7 Petua Hilangkan Batuk yang boleh diamalkan, antaranya adalah:


PETUA 1:

HALIA + LEMON + MADU
HALIA + LEMON + MADU
Terdapat dua cara yang boleh dipilih: 
1) Halia dan buah lemon dihiris nipis. Masukkan hirisan halia dan lemon serta madu ke dalam sebotol air.
2) Sedikit halia ditumbuk lumat dan diambil airnya. Campurkan air halia dengan madu, jus lemon dan air biasa. Cara ini lebih berkesan.

PETUA 2:

LEMON + MADU
Lemon dan madu
Jus daripada beberapa hirisan lemon dicampur dengan madu dan dibancuh dalam air suam.
• Lemon boleh digantikan dengan buah limau nipis.

PETUA 3:

BAWANG PUTIH - PALING MUJARAB!
bawang putih
Seulas bawang putih disalai selama beberapa minit lalu dimakan begitu sahaja.

PETUA 4:

AIR ASAM MASIN - PALING SEDAP! 
(TANPA GULA)
Asam Masin
Rendamkan sedikit asam masin dengan air suam lalu diminum air asam masin ini.
Tidak diketahui apakah khasiat asam masin sehingga ia boleh mengurangkan batuk tetapi ternyata ia melegakan tekak yang perit akibat sering batuk.

PETUA 5:

AIR BELIMBING -  BOLEH MINUM SELALU!
(TANPA GULA) 
Belimbing
Minum jus buah belimbing yang tidak dicampurkan gula.

Petua lain yang diberikan rakan-rakan:



PETUA 6:

AIR KOLA
Air kola
Terdapat dua petua penggunaan air kola untuk mengurangkan batuk.
1) Rebus air kola selama setengah jam dan minum setelah air kola itu sejuk pada suhu bilik.
2) Minum setin air kola yang tidak disejukkan.

PETUA 7:

LIMAU NIPIS + KICAP + GARAM
Limau nipis
Perah beberapa titis jus  limau nipis pada sesudu kicap dan sedikit garam untuk dijadikan ‘ubat batuk’ stail lama.
KHASIAT BAHAN-BAHAN ‘PENGUBAT’ BATUK
HALIA: Dipercayai mempunyai khasiat membasmi kuman, malah terdapat kajian yang menyatakan halia dipercayai boleh membunuh sel barah.
LEMON: Buah lemon kaya dengan antioksidan dan jus buah ini dapat meningkatkan pengeluaran antibodi di dalam tubuh. Ia juga mempunyai khasiat antibakteria dan mampu membantu tubuh menentang jangkitan, terutama sekali jangkitan dada dan melawan semput.
LIMAU NIPIS: Rasa masam pada limau nipis dan semua jenis limau berperanan menyingkirkan toksin. Rasa masam dan bahan kimia pektin yang terkandung di dalam limau nipis dipercayai boleh membantu menghilangkan racunracun di dalam tubuh.
MADU: Mengandungi bahan antibakteria yang dikatakan mampu melawan bakteria penyebab batuk. Turut dikatakan berkhasiat untuk mengurangkan kahak dan batuk.
BUAH BELIMBING: Dipercayai mempunyai khasiat antipiretik (boleh mengurang atau menyembuhkan demam) dan ekspektoran (meningkatkan perembesan bronkial dan memudahkan penyingkirannya), selain khasiat antiradang.

Petua ini sekadar untuk melegakan tekak dan kerongkong. sekiranya batuk masih berlarutan, sila berjumpa doktor ye.
Sudah baca jangan lupa Add facebook saya ye [Dzahir Rahim]

@KaptenRichGold

Follow Me